-->

ϟ♥ FLY TO KAYANGAN ♥ϟ

Coretan melalui hati buat kamu.

Tuesday, 11 November 2014

Lupakan Masalah Lama , Buka Buku Baru!




Harini rasa nak cerita something tentang perasaan . Mungkin kisah aku ni dah lama tapi saja je nak ungkap balik kisah lama. hm , ok lah taknk cakap bnyk la . Mungkin ramai yg pernah rasa mcm mana aku rasa ni .

Yes sebenarnya aku menyampah nk tengok muka dia , tambah lagi satu kampus, uish Ya Allah mcm mana la nak laluinya. Perasaan ni macam remuk remuk , tengok muka dia macam nak bagi sepak sekali , duishhh .haha :D

Ok lah ma aku cakap dan nasihat tak baik nak meyampah dan benci kt org kan ? tpi bayangkan if lelaki tu mainkan perasaan kau ? Apa kau rasa ? aip aip sakitnya . ok ok la bagi aku cara nak lupakan kesalahan dia ? hm. ok lah aku maafkan dia , lupakan masalah yg pernah berlaku.

So tutup cerita , dan malas dah nak fikir pasal benda alah yg tak pntg ni.

So lebih baik kita bahagia bersama insan2 tersayang dok ? yg penting Allah sentiasa bersama kita. ok lah gtg! see you all lain kali. hahaha :D

tc , salam senyum :) Assalammualaikum daun keladi.
celoteh oleh Unknown at 01:01 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 8 November 2014

bila aku dah lama tak menulis.....


Bila aku dah start menulis balik , 
jangan menyesal , 
sebab bila aku dah start menulis , 
aku tak tahu macam mana nak berhenti.

Bila aku dah start menulis , 
pasti kalian tak henti henti mengomen , 
beharap aku akan berhenti ,
eh eh , 
jangan harap la ,
dalam mimpi kalian aku boleh la berhenti , 
dalam realiti , 
oh tidak.

Bila aku dah start menulis , 
aku harap , 
kalian sudi baca dan singgah,
simple je kan harapan aku ?

stay senyum cam tu ok ?
xoxo!
celoteh oleh Unknown at 22:22 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 19 May 2014

TAJUK SERAM : MATI.


Heyy apa khabar ? sihat ? Yan kat sini baik baik je . Alhamdulilah Allah still bagi kesejahteraan pada yan. hehe :D

Nak cerita apa harini ? hmm Mungkin mengenai Mati. Mati benda yang yan paling takut sekali. Mungkin kebelakangan ni yan betul betul rasa dekat sgt dengan Mati. 

Dah cukup sedia kah aku ya Allah. Ya Allah beri aku peluang menebus dosa dosa ku. Entah lah yan cuma nak berubah. Nak berubah jadi yang lebih baik sebelum ni. In sha Allah jika kita mempunyai niat yang betul , Allah akan bantu kita. 

Yan kalau boleh nak je ajak semua ikut jejak AHMAD AMMAR. Yan sangat sangat suka dan terpegun dengan sikap dia. Kadang kdang bila baca buku dia rasa Jatuh Cinta yang mendalam kt Allah.

Yan sekarang ni lebih suka baca buku soal Mati. Yan nak prepare for Mati. Cita cita yan nak mati syahid. In shaa Allah tanamkan dalam diri masing masing nak mati dalam keadaan syahid. Allah akan bantu kita , In shaa Allah.

Yan teringin nk pakai purdah tapi cukuplah sekadar yan menutup aurat. ok lah azan dah berkumandang tu. Time to date with Allah.

yan tinggalkan korg dengan puisi yang yan karang ok ? Salam Ukhwah Fillah. Assalammualaikum.


Bila aku tengok orang pakai purdah,
Hati tersentuh ,
Jahilkah aku ?
hati berbicara.

Tapi siapa aku ,
Aku manusia biasa,
Yang tak kan pernah lari dari dosa ,
Tapi jahil aku ,
Aku tahu agamaku ,
Siapa Tuhanku.

Purdah ,
Semua keinginan wanita untuk memakainya ,
Cukup syarat In shaa Allah aku juga ,
Tapi sekarang cukuplah aku jadi diri sendiri ,
Tutup dada , 
Tutup lengan ,
Tak perlu purdah ,
Tapi , 
Tetapkan niat ,
Niat yang betul ,
Kerana Allah.
celoteh oleh Unknown at 06:05 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 23 April 2014

Pertama kedua ketiga dan keempat , DIALAH SAHABAT.

Pertama , dia kuat makan , walaupun dia mcm tu tapi HATI dia baik woooooo . Dia gelar diri dia COMEL , tapi comel la sgt ;D *tangan di bahu mata ke atas haha :P Ok gelarkan dia ARNAB PUTIH.


Kedua , suka cakap HAI . Suka gelak sorang sorang , lepas tu suka sgt tengk baby :D And one more thing dia suka GIGIT ORG , dh macam zombie walking dead tu . haha . lepas tu lagi perangai mcm budak budak padahal umur dh sembilan belas , dok sedor diri . Yan pnggil dia BUAYA DAN BADAK AIR .

Ketiga , ha ini paling suka kacau . Kami panggil dia macam macam . ada yg panggl dia Beruang , Royah , Orang asli , Monyet , Org asli sarawak and mcm mcm lagi la . Ramai org ckp dia comel sgt .Memg yan ngaku dia mmg comel hehe .


Dan yg terakhir tak lain tak bukan yan gelar dia CENDAWAN . Alolo cendawan jg ahh marah , dok comel ohhh hehe . Apa apa pun dia omey sgt . serius ok . Dia tak tahu macam mana nk marah and merajuk , pelikkan ? tula sifat dia . Lembut .



Mereka ini lah yg selalu menceriakan  hidup yan , Tempat cari gaduh dan mcm mcm lagi lahh . Apa ? nak tengk gambar ? Tak boleh la , nnti korg semua tergoda . haha .
Terima kasih sebab selalu ada , 
Terima kasih selalu tahan dgn sikap yan yang baran ,
Terima kasih sebab selalu nasihat yan ,
Terima kasih korang .
Yan beruntung memiliki korang,
Korang ANUGERAH TERINDAH.


Yan syg korang , Yan syg Arnab Putih , Cendawan , Beruang dan Buaya . LOVEYOUUU . In shaa Allah jadi SAHABAT HINGGA SYURGA . Kita dh jnji nk msuk SYURGA sama sama kan ? So each other kena sentiasa ingat ALLAH . 
Amin amin amin . 
SEMOGA PERSAHABATAN INI HINGGA SYURGA , INI JANJI KITA .
celoteh oleh Unknown at 08:40 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 13 April 2014

R.I.N.D.U


Aku rindu ,
Rindu semua tentang kau ,
Riindu dengan gelak tawa kau ,
Rindu dengan suara kau .

Kau cukup sempurna bagi aku ,
Tiada gantinya ,
Biarpun kini kau telah tiada , 
Kau tetap dalam ingatan .

Sayang ,
Andai suatu hari nanti ada yang nak gantikan kau ,
Aku yakin dia tidak sama seperti kau .

Aku tahu Allah lebih sayangkan kau ,
Terima kasih buat semuanya ,
Terima kasih kerana sudi meminjamkan bahu tatkala aku sedih ,
Terima kasih meminjamkan kebahgiaan walau sementara ,
Aku bersyukur .

Walau sedih datang setiap pagi ,
Aku tak henti berdoa , 
Untuk kau Disana ,
Aku sangat merinduimu .

Puisi yang ku karang ,
ku lukis menjadi melodi yang merdu ,
Agar kau tahu bertapa aku sangat merinduimu .

Aku tak pernah ,
Tak pernah terlintas mahu lupakan kau ,
Disini aku amat merinduimu.

Sayang ,
Dah dua tahun kau pergi , 
Bertapa sekejapnye aku rasakan ,
Walhal aku belum sempat bermimpi .

Aku redha ,
Aku rindu .



celoteh oleh Unknown at 02:45 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 29 March 2014

masih ada harapan . PrayForMH370 .

Aku takkan pernah Lelah atau Letih untuk mendoakan MH370 . Aku pasti pesawat itu still ada ,  tapi kite je yang tak nampak . Kita manusia yang tak reti nak Bersyukur . Cukuplah sekarang Allah dah tunjukkan macam macam yang menimpa negara kita . Kita tak sedar lagi ke ? bangun lah ! Jangan terus terlelap dengan  dunia yang sementara ini . Mati itu pasti .
Berbalik kepada cerita pesawat MH370 PM kita telah memberitahu kali terakhir pesawat itu berada di Lautan Hindi . Aku yakin dengan seyakinnya pesawat itu still ada . Kita jgn sesekali berhenti berdoa untuk mereka . 
kembalilah MH370 . Kami merindui anda . Kami takkan putus berdoa . Marilah sama sama berdoa . in shaa Allah mereka dalam Lindungan Allah . Sama sama lah berdoa . 

celoteh oleh Unknown at 09:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 18 March 2014

Malang atau Dugaan ?



Hello hello , moshi moshi . apa khabar ? so harini yan nak citer , citer sedih ni . Duit yan hilang :( persoalannya nak tahu hilang kt mana ? hilang dalam beg duit yan . logik tak ? tak kan ? housemate yan ckp rumah ada toyol la apa la . But yan tak nak main serkap jarang je kat hoousemate yan . tak baik kan ? so nak tahu apa yan buat ? yan bagi kepada pihak yang tahu . Memadangkan kan kwan yan ayah dia tahu seorang ustaz ni dia pun pergi jumpe ustaz tu . so masalahnya yan tak tahu apa jawapannya lagi . Mungkin ini dugaan dari Allah buat yan kan ? in shaa Allah lepas ni yan lebih hati hati untuk simpan duit 
doakan yan dpat tahu apa jawapannya , hehe . 
kedua harini tetap hari yang malang buat yan . sebab apa ? nak tahu sebab apa ? sebab BLOG yan ni . Pada mulanya yan nk tmbah WELCOME pada blog ni . tup tup abis hilang semua . aigoo ! yan terus tekad tak nak main main dah . haha :D
sebenarnya yan HOMESICK . and tak sabar nak balik PERAK jumpa ma and abah . Rindu rindu ! JUB JUB JUB :* And tak lupa jugak kepada budak budak SPM hari Khamis ni Tarikh untuk ambil SPM , dh sedia ? eeeee takutnya . macam yan pulak nak ambil . hahahaha :D maklum lah terOver pulokk dh . haha .
ok lah nanti yan update lagi okay .
salam ukhwah :))
Lot of Love,
YAYAN .
celoteh oleh Unknown at 03:24 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 9 March 2014

kembalilah dengan selamat MH370

Assalammualaikum bangun bangun pagi , dengar burung burung sedang riang di langit . tup tup dengar berita yang memg tak digemari oleh semua orang . semalam 8.3.14 hari sabtu negara kita Malaysia telah digemparkan berita mengenai pesawat MH370 yang terhempas. Memang sayu , memag sedih dengar berita ni.

cuba bayangkan kalau ada ahli keluarga kita yg berada dalam pesawat tu ? mesti kita akan sedih sgt sgt . kita sama sama doakan semoga mereka selamat pulang . kami menunggu anda tiba dengan selamat MH370 . 

Ya Allah selamatkanlah mereka . Hanya kepada Mu Ya Allah kami meminta . Selamatkan mereka . Semoga mereka dalam LindunganMu Allah .:'(
celoteh oleh Unknown at 00:38 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 8 February 2014

Persahabatan tu lagi PENTING dari Cinta .

Assalammualaikum . Hai . Dh lama sgt tak update blog ni . Dh berhabuk . Fuhhh ~ 

So harini yan nk share something yg mmg bererti buat diri yanti . 

Yan ada seorang kwn lelaki yang mmgp yan rapat sgt . Nama dia tak perlu tahu kot . Mungkin kini yan sedar , kini semuanya berubah . Kami still kawan tp perasaan yan tak lebih sebab yan lebih pentingkan PERSAHABATAN dari CINTA.

Yan ingin mencintainya sgn sederhana . Secara diam . Biar Allah yg atur semua ni . Ya , yan lebih suka berserah dgn Allah . Allah a good decision . Allah a good planner .

Kami still rapat mcm biasa tpi mula akward ,  yan tak nak rasa macam tu . Yan turut bahagia kalau dia bahagia . Itulah tugas kawan kan ? 

Org byk ckp PEREMPUAN dan LELAKI tak boleh jadi kawan baik nanti kemungkinan salah seorang akan jatuh cinta . Dulu yan tak pernah percya , tpi bila dh jadi kt batang hidung sendiri baru terhegeh hegeh rasa gelabah :D

Bagi yan tak salah kalau perasaan tu muncul , hehe . Tapi yan lagi suka BERKAWAN sebab yan selesa dgn title tu dan kalau betul pun nk bercinta yan takut sgt sebab bila kita dh pilih cara macam tu nanti bila kita putus kita tak kan rapat macam dulu lagi . Tu yang paling yan tkut sgt :') 

Siapa dalam dunia ni tak nak bercinta kan ? Tapi bagi yan PERSAHABATAN tu jauh lagi penting dari CINTA . 

So kepada kau kawan , 

Yan nk ckp TERIMA KASIH sebab selalu sabar dgn sikap manja yan ,
Yan nk ckp jugak yang kau kawan LELAKI yg paling rapat dgn yan ,
Yan sayang awk , 
Janji taw jgn tngglkan yan ? 
Kalau tinggl jugk yan merajuk ! 

And tq sgt2 sebab sudi hadir dlm hidup yan , 
Yan doakn awk bahagia ,
Jgn pernah mainkan perasaan PEREMPUAN , 
ingt pesan yan okay ? 
Jgn risau pasal yan , yan boleh handle hidup yan ,
And kalau ada pape jgn nk malu sgt nk tnya pendapt .

Okay lah rasenya dh panjg yan bebel ni .
Yan tahu waktu ni mesti tgh buat muka kan ? 
Haha jgn nk tipu ye ? 
Tak baik buat muka , dosa . Hehe . 

Okay la boii assalammualaikum :*



celoteh oleh Unknown at 22:41 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Warga Kayangan

Si Pemimpi yang nak ke kayangan

Si Pemimpi yang nak ke kayangan
Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Warga Kayangan yang nak turun ke bumi

online

Blog Archive

  • ►  2016 (2)
    • ►  March (2)
  • ►  2015 (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2014 (9)
    • ▼  November (2)
      • Lupakan Masalah Lama , Buka Buku Baru!
      • bila aku dah lama tak menulis.....
    • ►  May (1)
      • TAJUK SERAM : MATI.
    • ►  April (2)
      • Pertama kedua ketiga dan keempat , DIALAH SAHABAT.
      • R.I.N.D.U
    • ►  March (3)
      • masih ada harapan . PrayForMH370 .
      • Malang atau Dugaan ?
      • kembalilah dengan selamat MH370
    • ►  February (1)
      • Persahabatan tu lagi PENTING dari Cinta .
  • ►  2013 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)

Nak ikut ke kayangan ? Follow di Instagram dan twitter.









This is Oяіgіиαℓ® FLY TO KAYANGAN Blog's. Watermark theme. Powered by Blogger.