-->

ϟ♥ FLY TO KAYANGAN ♥ϟ

Coretan melalui hati buat kamu.

Friday, 2 October 2015

Berbahagilah Hati


Berbahagilah dikau hati ,
Saat jiwa terpesong dari hati ,
Saat tiada lagi airmata berderai ,
Dari hati lara.

Berbahagialah ,
Saat tiada lagi jiwa merana ,
Tiada lagi hening janji ,
Yang penuh kepuraan ,
Penuh kepalsuan.

Berbahagialah ,
Kerana kau telah jauh dari carta hati luka ,
Senyum mendongak langit ,
Jangan menoleh kebelakang ,
Pasak hati buat Tuhan kau.


celoteh oleh Unknown at 02:56 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 30 September 2015

Buat hati yang telah rabak.


Buat hati yang telah rabak ,
Di robek robek oleh sang mantan , 
Yang tak punya hati.

Buat hati yang telah rabak , 
Sekian lama memendam rasa ,
Menulam cinta,
Lama lama telah hancur ,
Dek dayus si dia.

Buat hati yang telah rabak , 
Tabahlah ,
Meniti hari esok ,
Yang lebih mencabar.

Buat hati yang rabak , 
Kini kau bangkit , 
Sebagai seorang yang berani , 
Gagah ,
Tidak perlu lagi berjanji meniti hari hari mendatang bersama penipu ,
Kau kini lebih yakin.

Buat hati yang telah rabak , 
Kini kau tak berseorangan ,
Kau bersama mereka mereka yang bangkit bersama kau , 
Berbanggalah!
Kini kau mampu tersenyum , 
Usai kesedihan kau , 
Kini kau jauh lebih bahagia.

celoteh oleh Unknown at 22:17 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 16 September 2015

Hey kamu!


Hey Kamu ,
Lihat dari sudut jauh ,
Bahawa kamu adalah hal yang terindah pernah aku lalui ,
Tak apa,
Asal aku saja yang memahami kamu.

Setiap bait bait perkataan yang aku karang ,
Buat kamu ,
Agar kamu akan mengerti ,
Bahawa kamu begitu special di dalam hati ku.

Tak mahu aku karang sampai berjela jela ,
Karna sesungguhnya aku tidak akan tahu bahawa apa benar kamu untuk aku ?
Kalau Allah izinkan ,
Kamu buat aku ,
Aku buat kamu.
Indahnya kan ?
Dan yakinlah ,
Jodoh itu pasti bertemu sayang.







celoteh oleh Unknown at 04:11 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 5 January 2015

Jodoh

hai semua ? apa khabar ? semua sihat ? Alhamdulilah , yan disini pun sihat sihat belaka. Jangan lupa ucap Alhamdulilah kerana kita masih bernyawa atas pinjaman nyawa yang Allah bagi ni. So taknak la melengahkan lagi masa. Hari ni yan nak share ilmu yang baru saja yan belajar. Ia berkaitan dengan JODOH . 

Semua mesti ternanti nanti kan siapa sebenarnya jodoh kita kan ? Barangkali ingin mendapat jodoh yang baik baik kan? Siapa yang taknak jodoh yang baik baik kan ? Bila ditanya sahabat sahabat yan pun , mereka akan menjawab sebegitu. 

Yan baru selesai menonton ceramah 'Tanyalah Ustazah' selepas solat maghrib kelmarin , ustazah menceritakan semasa beliau di tingkatan 1 ibu ustazah memesan menyuruh beliau baca doa dekatkan jodoh , ustazah tidak mahu kerana ustazah ingin belajar . Lantas suatu keajaiban berlaku ustazah menceritakan bahawa ustazah terkejut kerana ustazah dan ibu ustazah membaca surah yg sama. Ya Allah sungguh Kau tahu apa yg terbaik bagi kami.

Ustazah bicara lagi , JODOH  sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. 

Berkaitan dengan  jodoh orang yang baik untuk yg baik , dan yg tak baik untuk tak baik. Ustazah turut menghuraikan mengenai itu , Ustazah membicarakan ia nya adil bukan ? Yang baik untuk yang baik , yang tidak baik untuk tidak baik. Sejujurnya Allah itu Maha Adil.

Tak usah la kalian risau , yan yakin setiap dari kita mendapat jodoh yang baik disisi Allah. Amin. Sama sama berdoa untuk Jodoh yang baik . 

Assalammualaikum , nanti yan hurai mengenai 'Apa perbezaan mengenai becinta dan bercouple' ok ? Banyak perbezaannya.
Sehingga berjumpa lagi .

celoteh oleh Unknown at 06:03 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Warga Kayangan

Si Pemimpi yang nak ke kayangan

Si Pemimpi yang nak ke kayangan
Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Warga Kayangan yang nak turun ke bumi

online

Blog Archive

  • ►  2016 (2)
    • ►  March (2)
  • ▼  2015 (4)
    • ▼  October (1)
      • Berbahagilah Hati
    • ►  September (2)
      • Buat hati yang telah rabak.
      • Hey kamu!
    • ►  January (1)
      • Jodoh
  • ►  2014 (9)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)

Nak ikut ke kayangan ? Follow di Instagram dan twitter.









This is Oяіgіиαℓ® FLY TO KAYANGAN Blog's. Watermark theme. Powered by Blogger.