Assalammualaikum dan selamat malam :) harini yanti nk share something interesting tok korg . hope ini dapat membantu korg semua .
Doa syukur atas semua nikmat yang diberikan Allah
"Wahai Tuhanku , ilhamkan lah aku suopaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku , dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai : jadikan lah sifat sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunanku . sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu , dan sesungguhnya aku dari orang orang Islam(yang tunduk patuh kepada-Mu)
Surah Al- Ahqaaf ayat 16
Doa dijauhkan daripada kebencian kepada sesama kaum beriman
"Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara saudara kami dalam iman , dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang orang beriman . Wahai Tuhan kami , sesungguhnya Engkau amat Melimpah belas kasihan dan Rahmat-Mu ."
Surah Al-Hasyr ayat 10
Doa mohon sikap tawakal
"Wahai Tuhan kami , kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri , dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat serta kepada Engkaulah jua tempat kembali"
Surah Al-Mumtahanah ayat 4
Doa mohon terhindar daripada fitnah
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang orang kafir , dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami : sesungguhnya Engkau lah sahaja yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana"
Surah Al-Mumtahanah ayat 5
Doa mohon kesempurnaan cahaya penunjuk
"Wahai Tuhan kami , sempurnakanlah bagi kami cahaya kami , dan limpahkanlah keampunan kepada kami : sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu."
Surah At-Tahrim
Doa mohon ampun bagi diri , ibu bapa dan orang yang memasuki rumah kita
"Wahai Tuhanku , ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi sesiapa yang memasuki rumahku dengan keadaan beriman , lelaki dan perempuan dan janganlah Engkau tambahi orang orang yang zalim melainkan kebinasaan ."
Surah Nuhh ayat 28
Semoga mutiara doa ini dapat dijadikan doa seharian bagi kita semua :) assalammualaikum daun keladi , insyaAllah panjang umur jumpa lagi .
maniskan iman , maniskan senyuman .
Facebook : Yanti Hamdan
Twitter : @ehyantihamdan