hai semua ? apa khabar ? semua sihat ? Alhamdulilah , yan disini pun sihat sihat belaka. Jangan lupa ucap Alhamdulilah kerana kita masih bernyawa atas pinjaman nyawa yang Allah bagi ni. So taknak la melengahkan lagi masa. Hari ni yan nak share ilmu yang baru saja yan belajar. Ia berkaitan dengan JODOH .
Semua mesti ternanti nanti kan siapa sebenarnya jodoh kita kan ? Barangkali ingin mendapat jodoh yang baik baik kan? Siapa yang taknak jodoh yang baik baik kan ? Bila ditanya sahabat sahabat yan pun , mereka akan menjawab sebegitu.
Yan baru selesai menonton ceramah 'Tanyalah Ustazah' selepas solat maghrib kelmarin , ustazah menceritakan semasa beliau di tingkatan 1 ibu ustazah memesan menyuruh beliau baca doa dekatkan jodoh , ustazah tidak mahu kerana ustazah ingin belajar . Lantas suatu keajaiban berlaku ustazah menceritakan bahawa ustazah terkejut kerana ustazah dan ibu ustazah membaca surah yg sama. Ya Allah sungguh Kau tahu apa yg terbaik bagi kami.
Ustazah bicara lagi , JODOH sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.
Berkaitan dengan jodoh orang yang baik untuk yg baik , dan yg tak baik untuk tak baik. Ustazah turut menghuraikan mengenai itu , Ustazah membicarakan ia nya adil bukan ? Yang baik untuk yang baik , yang tidak baik untuk tidak baik. Sejujurnya Allah itu Maha Adil.
Tak usah la kalian risau , yan yakin setiap dari kita mendapat jodoh yang baik disisi Allah. Amin. Sama sama berdoa untuk Jodoh yang baik .
Assalammualaikum , nanti yan hurai mengenai 'Apa perbezaan mengenai becinta dan bercouple' ok ? Banyak perbezaannya.
No comments:
Post a Comment